Tetamu Undangan

Monday, November 26, 2012

nasihat luqman kepada anaknya

who's luqman? 

sila baca alquran surah luqman 

:)

  • Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
  • orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
  • Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
  • Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
  • Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
  • Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
  • Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.
  • Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
  • Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
  • Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.
  • Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  • janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
  • Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
  • Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
  • Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  • Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
  • selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
  • Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
  • Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
  • Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  • Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
    kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  • Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
  • Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
  • Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
  • Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu. 

selamat beramal 

sumber : smzblog


assalamualaikum

amalan boleh jadi dua .
amalan kebajikan
amalan kejahatan

pilihlah .

moga amalan kebajikan kita bertambah
dan di terima oleh Allah SWT

mai la nak bagi ceramah sikit .
kalau cakap kat org depa xmau dengaq .
mai kita cakap dua .
hehe .
kalau cakap ceramah . ramai yg xsuka
sebab mungkin ada yang akan cakap 
eleh mcm kau tu baik sgt pijak semut xmati
nk ceramah kat org .

maka dengan itu kita gantikan ceramah itu dengan
NASIHAT & TAZKIRAH

insyaALLAH

moga hati2 kita menjadi lembut dalam menerima
nasihat dan teguran
xkira lah dari siapa pun .
kerna bahawasanya ilmu tu xdatang dengan
hanya masuk kelas . keluar kelas .
duduk atas kerusi .
pergi surau pergi masjid 
(bukan nak cakap xpayah pegi surau masjid . kena pergi jugak) .
menulis buat nota . 
dan mcm2 lgi . 

kerna hidayah yang Allah nak bagi tu ada mcm2 cara
dan sebab . kadang kita jadi berubah sebab kawan
kita 
.
kadang2 kita insaf sebab melihat org yang lebih susah dari kita
.
kadang2 kita merasa berdosa dengan melihat wajah ibu bapa kita
kerna berapa byk salah dan silap yang kita dah buat pada mereka .
.
kadang2 hanya dengan mengangkat kucing dari longkang buat kita
insaf .
.
kadang2 dengan menonton tv . dengar radio buat pintu hati kita terbuka .
.
kadang2 dengan sujud kepada Allah buat kita mengaku bersalah atas segala dosa .
kadang2 dengan melihat flora fauna bt kita merasa kebesaran Allah .

. ya kawan2 sebenaqnya byk sgt kebesaran Allah kat dunia ni .
hanya hati dan akal saja yang mampu menilai .
islam xmembebankan umatnya . semuanya indah dalam islam
jika di lihat dengan mata hati . 
jadi tanya lah diri kita .
jgn lah kita berlagak sombong berjalan di muka bumi Allah ni .
kerana pada suatu saat kita akan kembali kepada NYA .
~ i'm proud to be a muslim ~

sekian

jom kuak lentang dulu . hehe


Monday, November 19, 2012

kenapa hati menjadi keras?

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Kurang mengagungkan Allah

Daripada Ibn Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda : “Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah s.w.t., maka sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah s.w.t. itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesugguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah s.w.t. ialah mereka yang berhati keras.”(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

sekian perkongsian malam ini .

takbir !! takbir !! takbir !!

Allahu Akbar
assalamualaikum sahabat semua .

next week 12.11.12 until 26.11.12 ada midterm

12 paper . gila gila gila . 

eh eh dah lepas la ...
alhamdulillah hari ni 3 paper . 
I CAN DO IT
ALHAMDULILLAH

3 more paper to go .

nikmatnya belajar . alhamdulillah .
maka rugilah bagi mereka yang mensiakan
masa muda mereka .

masa muda ni lah kita kena cari banyak ilmu .
nanti kalau tua umoq panjang
mana nak laqat dah . 
tua2 nanti masa kita amalkan segala ilmu yang
dah kita belajaq masa muda la ni .
kan kan .
jangan kulit dah qedot, qambut dah beruban,
kaki xkuat
baru nak p cari masjid surau . 
bukan xbuleh . 
lebih baik kita sedaq dari awai .
:) :) :)

"Barangsiapa berjalan dlm rangka menuntut ilmu maka akan dimudahkan jalannya menuju syurga" HR. Muslim
marilah sama2 kita berselawat ke atas junjungan besar
Nabi kita Muhammad S.A.W

Sunday, November 4, 2012

inDo TriP

asssalamualaikum semua penghuni syurga Allah SWT

alhamdulillah bersyukur kerana masih bernyawa untuk 
mohon ampun segala bagai dosa dosa yang xterkira .

wah lama gila xrajin coolblog haha

banyak benda nak di ceritakan di sini .

tanggal 10 sept 2012 aku diterbangkan oleh YANG MAHA BERKUASA

ke muka bumi yang bernama indonesia berjiran dengan malaysia
ala xla jauh mana pun . macam kat london plak . kalau kat australy pun
lupa diri lupa islam lupa mak pak tarak guna juga coi .
dekat ka jauh bukan doesn't mater . yang penting
nama kata REZEKI tu la . 

tempat mengaji aku tu nama IBI Darmajaya .
kampus ni paling terbaik untuk jurusan IT kat bandar lampung ni .

insaAllah saki baki degree ni pulun sikit bagi dapat
degree yang ada value untuk ISLAM . DUNIA . MASYARAKAT .
dan seangkatan dengannya . paling penting ILMU yang berkat plus bermanfaat

dengan malasnya aku persembahkan keratan-keratan gambaq sepanjang minggu satu kat sini .

saksikannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn .

ni parent aku . hat kecik tu adik aku yg last sekali .  ni masa kat airport lcct

ni masa kat ataih kapai teqebang . subhanallah . 

dua dua lena xsedaq habaq . ni masa kat dalam flight .

ha ni fesi minggu ories . kami makan2 kat lesehan ja . 

ha ni pagi2 nak p ories . ni la teratak aku kat indo ni .  mcm big mami haha .

ni plak kawan aku yg join skali p indo ni . beh nama dia . aku tua sikit dari dia . 

singgah makan keepsi sat kat airport jakarta .

ni 2 member laki yang turut sama skali turun padang join p indo ni . kiri edi kanan padil

sedang baca mesej dari yang tersayang . my iz . 

ni depa dok syok berposing . hehe

sedang membaca Al-Quran . kemana pun kita
p . agama islam kita tetap di hati . love islam .

ni sampai dah kat bandar lampung .

baru lepas hujan ja ni .

semua pakat seqonok .

sampai kat IBI malam dah 

first day nak p sekolah .

ni driver 1 kami . pak suhat nama dia .

bersama barisan pimpinan dan rektor IBI .

bersama2 dengan ftmk student UTeM .

posing sat kat depan masjid . walaupun sedang bercuti . hehe

big bossssssssssssssssss

buat ucapan aluan aluan . 

makan kat kafe . extra jouce

tggu majlis penutupan . mcm vvip plak haha

with model IBI

with all fesi ories

with abang shananana

with driver 2 pak yudi .baik orgnya .


sekian saja untuk episod setibanya di IBI bersama minggu ories .
nantikan episod seterusnya plak . hehe . pemalas gila nak tulis .